Saturday, September 13, 2008

Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran...^_^

Assalamualaikum pembaca2 blog sekalian…^_^

Kali ini saya nak membicarakan tentang suatu perkara yang seharusnya kita sebagai seorang manusia mengetahuinya…iaitu tentang proses kejadian manusia yang diceritakan di dalam al-Quran. Malah, para saintis juga mengakui bahawasanya proses kejadian manusia yang termaktub dalam al-Quran adalah tepat dan benar sama sekali. Perbincangan ini juga merupakan kesinambungan daripada posting saya yang lepas iaitu "Prinsip Mengenali Diri"...^_^

Secara asasnya, proses kejadian manusia di dalam rahim seorang ibu mempunyai 6 peringkat :


PERINGKAT PERTAMA :- NUTFAH …^_^
Iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula selepas berlakunya percampuran air mani [proses persenyawaan sperma dan ovum].

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Insan ayat 2 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.”

Menurut Ibnu Jurair al-Tabari, asal perkataan “nutfah” ialah “nutf” yang bererti air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas sama ada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan “amsyaj” berasal daripada perkataan “masyj” yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut, maksud ayat di atas ialah : sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan perempuan.


Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan manusia itu lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya saraf, tulang dan fakulti, manakala daripada nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.


PERINGKAT KEDUA :- ALAQAH …^_^
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh. Pada hari ke-7, ovum yang telah disenyawakan oleh sperma akan menempel di dinding rahim (qarar makin). Setelah proses penempelan berlaku, maka ovum tersebut akan membentuk alaqah.

Firman Allah Taala dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud :

“ Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berdasarkan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya sesuatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah (in english, it will be called blastocyst).Selain itu, alaqah mempunyai beberapa maksud :

  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.


PERINGKAT KETIGA :- MUDGHAH ...^_^

Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan "mudghah" disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14.

Firman Allah Taala dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud :

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

Di peringkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.



PERINGKAT KEEMPAT :- IZAM dan LAHM ...^_^
Pada peringkat ini iaitu pada minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang-belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini, perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu juga, sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula terbentuk. Begitu juga mata, telinga dan mulut juga semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

Embryo pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA :- NASY'AH KHALQAN AKHAR ...^_^
Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embryo tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kuku-kukunya pun mula tumbuh.


Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pra-natal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.



PERINGKAT KEENAM / AKHIR :- NAFKHUR-RUH ...^_^
Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.

Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf ayat 172.


Selepas itu, maka akan lahirlah seorang manusia yang akan meneruskan kesinambungan Rasulullah s.a.w utk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini...

Pernahkah kita terfikir akan uniknya penciptaan kita sebagai manusia yang bertanggungjawab utk meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah s.w.t...???
Pernahkah kita terfikir bagaimana kejadian seseorang manusia itu boleh terjadi daripada setitik air mani sahaja...???
Sesungguhnya itulah bukti bahawasanya Allah itu maha agung...
Jadi, menjadi satu kewajipan ke atas kita utk menjadi hamba yang sentiasa mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya...
Sama2 lah kita renungkannya...^_^


Kata-kata As-Syahid Imam Hassan Albana :
"Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahulu darimu, melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah, dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini, serta melebihkan ke arah tempat tinggal yang kekal abadi, mereka mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta benda mereka di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan pertunjuk Al-Quran"….

Friday, September 12, 2008

Prinsip Mengenal Diri...^_^

Assalamualaikum dan salam mujahadah buat pembaca2 blog sekalian... Kali ini saya nk membincangkan tentang prinsip mengenali diri yang akan merangkumi aspek penciptaan Adam, Hawa dan generasi Adam dan Hawa serta evolusi manusia menurut al-Quran dan juga Barat.

MENGENAL FIZIKAL (JASAD)...^_^

Ia akan menyentuh tentang teori kejadian manusia dengan mengaitkannya dengan teori evolusi untuk dibandingkan dengan keterangan wahyu. "Evolusi" merupakan satu proses yang dilalui oleh semua jenis benda hidup. Orang yang paling awal mengutarakan teori ini ialah Jean Baptiste Lamarck. Menurut Lamarck, perkembangan bentuk2 tertentu yang terdapat pada binatang kebanyakannya adalah hasil daripada apa yang terdapat pada kejadian-kejadian sebelumnya. Berasaskan teori ini, Lamarck mempercayai bahawa sesetengah organ yang terdapat pada binatang dan tidak digunakan akan hilang manakala organ-organ yang digunakan akan dikhususkan untuk sesuatu tugas tertentu sahaja.

Contoh yang diberikan oleh Lamarck ialah zirafah dahulunya mempunyai leher yang pendek dan memakan daun-daun yang berada di bawah, tetapi apabila semua daun yang berada di bawah telah habis, maka zirafah terpaksa memanjangkan lehernya supaya dapat meragut daun yang terletak lebih tinggi. Tabiat itu akhirnya mempengaruhi organ pada lehernya untuk menjadi lebih panjang. Apabila zirafah moden dilahirkan, maka ia mempunyai leher yang sangat panjang.


Selain Lamarck, seorang ahli biologi yang terkenal iaitu Darwin juga telah mengembangkan teori evolusi itu dengan lebih lanjut. Teori evolusi Darwin dikenali dengan maksud "pemilihan alam semulajadi". Darwin juga berpendapat, semua benda hidup adalah berasal dari jenis-jenis yang terdahulu daripadanya. Dalam erti kata lain, semua jenis binatang berasal daripada sejenis binatang yang mempunyai satu sel. Untuk hidup, semua binatang terpaksa menyesuaikan dirinya dengan alam sekelilingnya.


Bagaimana dengan manusia? Manurut Darwin, manusia juga berasal daripada binatang khususnya binatang yang berupa mawas-manusia. Berasakan teori alam semulajadi dan faktor keserupaan pada fosil yang ditemui, para saintis yang menganut teori evolusi telah menyatakan
"there is not the least doubt as to the fact of evolution" iaitu evolusi adalah satu fakta yang telah ternyata benar dan tidak boleh diragukan lagi.

Walaubagaimanapun, pendapat Darwin ini telah disangkal dengan sekeras-kerasnya dengan mengemukakan pelbagai hujah, antaranya :
1. Ia hanyalah satu andaian kerana teori ini tidak boleh dikaji dan dipastikan bila berlaku (di dalam buku The Origin of Species ditulis oleh Darwin).

2. Perubahan mikro yang berlaku adalah terlalu kecil dan amat terbatas, malah ia hanya berlaku dalam lingkungan sesuatu species (keluarga) sahaja.

3. Daya pergerakan dalam pergerakan evolusi ialah proses mutasi atau kacukan,iaitu sesuatu perubahan mendadak yang sesetengahnya boleh diwariskan kepada keturunannya selepas itu walaupun tiada penyesuaian diri dengan keadaan persekitaran.


4. Sesetengah fosil yang ditemui tidak menunjukkan perubahan daripada bentuk mudah kepada kompleks.



EVOLUSI MANUSIA MENURUT WAHYU...^_^

Firman Allah s.w.t dalam surah Yasin ayat: 82 yang bermaksud :

"(Cuba fikirkan ) adakah Tuhan yang mampu mencipta langit dan bumi itu tidak mampu menghidupkan mereka seperti rupanya yang mula? Sudah pasti. Kerana Dia adalah pencipta yang Maha Mengetahui).(KekuasaanNya adalah mutlak) sehingga kalau Dia hendak menciptakan sesuatu, jika Dia mengatakan "jadilah" nescaya benda itu terus terjadi"

Menurut wahyu insan ialah makhluk yang istimewa. Allah menciptanya dalam bentuk yang khusus melalui proses evolusinya sendiri mengikut Sunnatullah. Menurut wahyu asal kejadian manusia ialah tanah. Ini merujuk kepada kisah kejadian Adam a.s. yang dicipta oleh Allah sebagai manusia pertama di dunia.


PERINGKAT KEJADIAN ADAM a.s...^_^

Didalam al-Quran, terdapat 25 tempat yang menyatakan bahawa nabi Adam a.s. diciptakan daripada tanah. Antaranya dalam surah al-Baqarah, Ali Imram, al-Maidah, al-A'raf, al-Isra', al-Kahfi, Maryam,Toha dan Yasin.

Secara terpeincinya proses kejadian Adam a.s. dihuraikan seperti berikut :

1. Peringkat turab (tanah bumi) :

Ia bermula dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk turab iaitu tanah yang berdebu.

Allah menjelaskan proses ini dalam firmanNya yang bermaksud :

" Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allahadalah seperti penciptaan Adam.Allah menciptakan Adam daripada turab (tanah) kemudian berfirman kepadanya. Jadilah (seorang manusia) jadilah dia."

(Ali Imran : 59)

2. Peringkat tin (tanah liat) :

Pada peringkat ini Allah s.w.t menyaringkan debu tanah untuk mendapatkan saripatinya (sulalah min tin ) di mana Allah mengambil satu bahagian yang benar-benar suci dan bersih. Seterusnya pati itu dicampurkan dengan air membentuk tanah liat (tin) atau tanah yang melekat (tin lazib). Di peringkat ini Allah menciptakan Adam dalam bentuk manusia. Lembaga Adam a.s ini kekal selama 40 tahun.

3. Peringkat hama' masnun ( tanah yang berbau) :

Peringkat ini kekal selama 40 tahun.

4. Peringkat salsal (tanah yang keras) :

Peringkat seterusnya ialah pembentukan struktur tanah yang keras seumpama tembikar (salsal kalfakhar). Peringkat ini juga mengambil masa selama 40 tahun. Oleh itu genaplah proses kejadian Adam a.s selama 120 tahun sebelum peniupan roh oleh Allah s.w.t. Dengan ini peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam proses pembentukan fizikal Adam a.s.

Maksud firman Allah s.w.t :

" Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar ( salsal kalfakhar) "

(al-Rahman :14)

5. Peringkat nafkh al-ruh (peniupan roh ) :

Setelah proses di atas selesai, maka Allah s.w.t meniupkan roh ke dalam jasad Adam a.s. Dengan peniupan roh ini bererti sempurnalah pembentukan kejadian Adam a.s. samada secara fizikal mahupun spiritual. Dengan itu juga seluruh organ dan sistem tubuhnya berfungsi.

PERINGKAT KEJADIAN HAWA...^_^

Setelah Allah s.w.t menjadikan Adam a.s dalam kejadian yang sempurna, maka ditempatkannya di dalam syurga. Kemudian Allah menciptakan pula pasangan bagi Adam a.s. yang dinamakan Hawa. Kisah penceritaannya tidak banyak diceritakan oleh Allah s.w.t kecuali dalam beberapa tempat sahaja di dalam al-Qur'an. Antaranya dalam surah an-Nisa':(1), al-A'raf :( 189), al-Zumar (96).

Maksud firman Allah s.w.t :

" Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isterinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak".

(al-Nisa' : 1)

PERINGKAT KEJADIAN BANI ADAM...^_^

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an ternyata jelas bahawa asal kejadian manusia adalah daripada tanah. Menurut kajian sains, tubuh manusia mempunyai unsur-unsur yang sama dengan unsur-unsur di bumi, namun kadar penyusunan unsur-unsur tanah adalah berbeza. Ia berdasarkan kepada kadar fungsi unsur-unsur tersebut di dalam tubuh manusia :

UNSUR

KANDUNGAN / KADAR

oksigen

45 000 gm

hidrogen

8 000 gm

kalsium

1 000 gm

kabrit

175 gm

sodium

105 gm

magnesium

35 gm

kuperam

0.1 gm

karbon

12 000 gm

azote

2000 gm

fosforus

140 gm

klorin

105 gm

ferum

4 gm

iodin

0.03 gm

manggenese

0.02 gm


Catatan unsur-unsur tersebut hanyalah melibatkan unsur-unsur penting sahaja. Menurut Prof. Dr. Ali Mutawi, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar, semua unsur di dalam bumi mengandungi 92 unsur dan manusia dijadikan daripada semua unsur tersebut. Perpindahan unsur-unsur tersebut adalah melalui makanan sama ada dari jenis tumbuhan atau binatang sejak dari dalam kandungan sehinggalah manusia meninggal dunia...^_^

To be continue...^_^


Wednesday, September 10, 2008

Solat Dari Sudut Pandangan Sains...^_^

Assalamualaikum pembaca2 blog sekalian...kali ini saya nk kongsikan tentang logiknya solat dalam sudut pandangan sains...^_^

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. In fact, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif (+ve charge) dan cas negatif (-ve charge). Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, banyak tenaga akan digunakan utk melakukan segala aktiviti2 tersebut.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang akan menyebabkan ketidakseimbangan cas berlaku dalam tubuh badan kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan akan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas2 ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap yang normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor tersebut mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Lalu, professor tersebut membuat kajian utk mencari jawapan2 terhadap persoalan2 yang timbul.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang tidak sama dan berbeza dalam solat kita bertindak utk menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saff, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan (-ve atau +ve) akan ditarik ke dalam badan kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut professor itu lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif dan cas-cas negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Oleh yang demikian, beliau menyatakan bahawa disebabkan itulah solat Subuh hanya didirikan 2 rakaat sahaja.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas dari tubuh adalah lebih banyak. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Disebabkan itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh badan.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas2 seharian. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat sahaja dan adalah sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Namun, timbul persoalan di benak professor tersebut tentang mengapa solat Isyak dilakukan dalam 4 rakaat sedangkan secara logiknya, pada waktu malam kita tidak akan melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut dibuat, didapati bahawa terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Seperti yang kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal agar mampu bangun menunaikan Tahajjud di sepertiga malam. Secara ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga yang cukup utk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah...beliau memeluk agama Islam...subhanAllah...

Betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t... Maka sedarlah betapa beruntungnya kita mendapat nikmat menjadi umat Islam...^_^

Hazrat Abu Zar r.a berkata,"Suatu ketika Rasulullah s.a.w keluar semasa musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas baginda Rasulullah s.a.w memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda,"Wahai Abu Zar." Saya menyahut,"Ya,Rasulullah." Kemudian baginda Rasulullah s.a.w bersabda,"Apabila seseorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t, dosanya akan gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tuesday, September 9, 2008

Rahsia Air Mata Wanita...^_^

Assalamualaikum dan salam ceria... Kali ini saya nk kongsikan satu kisah tentang "Air Mata Wanita"... Artikel ini saya dapat semasa saya tgh surfing internet mencari tazkirah2 ringkas... Harap2 pembaca semua sudi membaca posting ini dan kita sama2 boleh hayati maksud yang tersirat di sebalik kisah ini...

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab ibu menangis adalah kerana ibu seorang perempuan nak." "Saya tak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat sambil berkata, "Nak, kau memang tak akan mengerti...."

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya, "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan," kata ayahnya lagi. Si anak hanya mampu membisu seribu bahasa.

Si anak membesar menjadi seorang remaja, dan dia tetap terus tertanya-tanya mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, si anak bermimpi dan bertanya kepada Tuhan. "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?". Dalam mimpinya si anak merasa seolah-olah mendengar jawapannya :

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Ku ciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur..."

"Ku berikan wanita kekuatan untuk melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulang kali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar..."

"Ku berikan keperkasaan yang akan membuat wanita tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah berputus asa..."

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah..."

"Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan dan situasi apapun. Walaupun acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya..."

"Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukanlah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..."

"Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan utk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walaupun seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyanyangi..."

"Dan akhirnya, Ku berikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan"..."

Si anak tersedar dari mimpinya yang panjang. Lantas, si anak menjenguk ibunya yang sedang tidur..."Oh ibu, betapa agungnya dirimu sebagai seorang wanita yang solehah yang sentiasa berkorban utk aku dan ayah. Terserlah di wajahmu cahaya keimanan dan kesabaran dalam melalui liku2 kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Aku berjanji akan menjadi anak yang soleh dan sentiasa berada di sisimu di saat susah dan senang..." si anak merintih sendirian sambil menangis menatap wajah ibunya......

Kesimpulannya :
Hargailah wanita yang kita sayangi selagi masih ada kesempatan waktu bersamanya, terutamanya ibu kita. Sesungguhnya, terlalu banyak jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita. Mungkin secara sedar atau tidak, kita ada melukai hati ibu kita. Jadi, sentiasalah memohon kemaafan dengan ibu kita, agar dia sentiasa mengasihi dan meredhai apa yang kita lakukan... Sesungguhnya kita akan mendapat azab yang amat menyeksakan jika kita membuat ibu kita berkecil hati dan menumpahkan air mata walau setitik pun... Ingatlah, kitalah yang bertanggungjawab utk menjaga ibu kita di hari tua nanti... Sayangi dan jagalah hati ibu kita kerana sesungguhnya "syurga itu di bawah telapak kaki ibu"...^_^

"Di dalam syurga nanti, para bidadari akan saling berpegangan tangan sambil bernyanyi dengan suara yang begitu merdu sekali... Mereka akan berkata ; kami adalah gadis2 yang sentiasa redha, kami tak akan marah utk selama-lamanya, kami adalah gadis yang kekal, tak akan mati utk selama-lamanya, kami adalah gadis2 yang tak akan habis nikmatnya, kami adalah gadis2 yang cantik, kami amat menyanyangi suami2 kami... Kemudian, ucapan ini akan digari oleh wanita2 solehah yang berasal dari dunia. Lantas wanita2 solehah itu menjawab ; kami pernah bersolat, tapi kamu tak pernah!!...kami pernah berpuasa, tapi kamu tak pernah!!...kami pernah berwudhuk, tapi kamu tak pernah!!...kami pernah bersedekah,tapi kamu tak pernah!!... Maka bidadari syurga akan kalah... Betapa hebatnya kedudukan seorang WANITA SOLEHAH..."

Senyum dan Penyenyum...^_^

Assalamualaikum pembaca2 blog semua...salam ceria dan salam mujahadah...^_^

Kali ini saya nk memperkatakan tentang "senyum" yang saya terbaca dalam sebuah laman blog motivasi. Jadi saya ingin kongsikan sedikit sebanyak apa input yang telah saya dapat. Seperti yang kita ketahui umum, senyum itu adalah sedekah. Senyum juga membawa bahagia dan seribu makna. Senyum kepada sesiapa sahaja. Sedar atau tidak, sebenarnya senyum adalah sangat baik utk kita dan ia juga boleh memotivasikan diri kita secara tak langsung... Mesti semua tertanya2, bagaimana dengan hanya tersenyum sahaja boleh memotivasikan diri kita?

Dari segi luaran, senyum itu akan membuatkan diri kita disenangi oleh sesiapa sahaja. Senyum kegirangan yang terpancar dari wajah kita akan mempengaruhi orang lain dan mereka juga akan turut sama jadi gembira dan jadi "penyenyum" bila melihat bibir kita yang senantiasa mengukir senyuman. Mungkin ada dari mereka akan bertanya,"ada apa2 ke ni, asyik senyum jer." ataupun mungkin mereka akan bertanya, "apa rahsia awak slalu senyum?". Tapi kena la ingat jugak, senyum, senyum jgak, tapi jgn la sampai nk senyum sorang diri pulak. Nanti apa plak kata org lain, "ish, budak nih betul ke tidak, takpun mesti tengah angau nih."...hahahahaha

Dengan senyum juga, org lain akan mempunyai "first impression" yg baik terhadap kita. "First impression" org lain terhadap kita sangat penting, kerana itu akan melambangkan keperibadian kita di hadapan org lain. Ala, macam kita sendiri la, bila tengok je org tu masam mencuka, mesti kita akan "chop" yang dia tuh garang, walhal dia tuh bukan main lemah-lembut lagi. Apa jadi kalau kita asyik muncung je? Pasti org lain kata, "oh...dia tuh ada yang tak kena hari ni". Selalunya bila ini terjadi, org di sekeliling kita akan menjauh dan tak nak mengacau. Silap haribulan hangin satu badan, tak pasal2 org lain yang kena, lebih baik diorg jangan cari susah.

Saya masih ingt, peristiwa masa orientasi saya br masuk tingkatan satu, ada sorang akak tuh, mukanya memang masam je sepanjang masa, memang nampak garang la. Saya ngan kawan2 yang lain tak berani langsung nk tegur dia. Tapi, masa kena mintak tandatangan akak2 fasilitator, bila saya ngan rakan2 pegi mintak tandatangan dia, ya Allah...lembutnya akak nih, baiknya dia. Disebabkan penampilan dia yg slalu masam je, kitorg semua "chop" yang dia tuh garang, rupa2nya...adoiii. Tu la org2 tua selalu kata, kita kena slalu senyum pada org lain, baru la mudah dpt kawan... Pepatah org putih pom ada cakap, "don't judge a book by its cover"...^_^


Mana satu yang kita nak, ceria atau nak murung sahaja? Ini satu situasi yang tak baik dan tak bermotivasi...prestasi kerja kita juga boleh effect jadi menurun dibuatnya kalu asyik memuncung. Tak percaya? Cubalah, pasti jadi tak bersemangat nak buat kerja...saya cakap macam nih sbb ada pengalaman la...huh...serik rasanya....susah nk bekerja kalau tak ada semangat...lebih2 lagi kita sebagai pelajar, kalau tak ada semangat nak blaja...naya la...dapat la akibatnya bila exam nanti...sebab tuh kita kena senantiasa bersemangat utk blaja, baru la ilmu senang nk masuk...^_^



Senyum adalah pembakar semangat kita...tiada siapa pernah terfikir, rupa2nya dengan hanya sekuntum senyuman sudah mampu utk membuatkan diri kita bersemangat. Jika kita dilanda masalah atau stress, cuba cari ketenangan dengan mengambil udara segar atau bercakap2 dengan kengkawan. Jangan luah apa-apa masalah terlebih dahulu sebab tak semua org suka mendengar masalah kita. Bahkan, mungkin ada yang akan mengelak dari mendengar masalah kita itu. Alhamdulillah, saya bukannya nk puji diri-sendiri, tapi saya memang suka menjadi tempat luahan masalah keluargaku dan rakan2ku, kerana saya memang suka menjadi seorang pendengar atau tempat luahan org lain, dan insyaAllah saya akan tolong sedaya upaya, setakat mana "tulang empat kerat" ku ni mampu utk menolong keluargaku dan rakan2ku menyelesaikan masalah mereka... Dan kita semua harus ingat, tempat luahan isi hati kita, masalah kita yang terbaik ialah pada Allah s.w.t...jika berasa tertekan, banyakkan membaca al-Quran dan banyakkan zikrullah... Sesungguhnya hati kita akan berasa tenang dan damai jika lebih dekat dengan Allah s.w.t...^_^

Lupakan dulu apa stress yang melanda kita, dan cuba cari apa yang boleh menggembirakan kita. Sahabat yang sentiasa bersama kita tidak kira semasa susah atau senang itulah sahabat yang sejati... Remember what people always say, "a friend in need is a friend indeed"... Kongsikan segala suka duka kita bersama orang2 yang kita percaya...nescaya kita akan tersenyum. Dan sentiasa try utk jadi "penyenyum"... Selepas itu, baru kita akan berasa sedikit ringan dan mampu menyelesaikan masalah satu persatu...^_^

" Sesungguhnya, dengan hanya sekuntum senyuman mampu menyembunyikan seribu kedukaan... Senyumlah demi menggembirakan hati orang lain di sekeliling kita... Sesungguhnya, senyum itu adalah sedekah... ^_^ "

Saturday, September 6, 2008

Cardiac Cycle... Important in Human Physiology...^_^


HEART CYCLE


Cardiac events occuring in the cardiac cycle. 2 complete cycles are illustrated.

CARDIAC CYCLE is the term referring to all or any of the events related to the flow of blood that occur from the beginning of one heartbeat to the beginning of the next heartbeat. The frequency of the cardiac cycle is the heart rate. Every single 'beat' of the heart involves 3 major stages : atrial systole, ventricular systole and complete cardiac diastole. The term diastole is synonymous with relaxation of a muscle. Throughout the cardiac cycle, the blood pressure increases and decreases. The cardiac cycle is co-ordinated by a series of electrical impulses that are produced by specialised heart cells found within the sino-atrial node and the atrioventricular node. The cardiac muscle is composed of myocytes which initiate their own contraction without assistance of external nerves (automatically).

ATRIAL SYSTOLE...^_^
Atrial Systole is the contraction of the heart muscle (myocardia) of the left and right atria. Normally, both contract at the same time. The term systole is synonymous with contraction (movement or shortening) of a muscle. Electrical systole is the electrical activity that stimulates the myocardium of the chambers of the heart to make them contract. This is soon followed by Mechanical systole, which is the mechanical contraction of the heart.

As the atria (see the Introduction to The Heart) contract, the blood pressure in each atrium increases, forcing additonal blood into the ventricles. The additional flow of blood is called atrial kick.

70% of the blood flows passively down to the ventricles, so the atria do not have to contract a great amount.

Atrial kick is absent if there is loss normal electrical conduction in the heart, such as during
atrial fibrillation, atrial flutter and complete heart block. Atrial kick also different in character depending on the condition that the heart is in like stiff heart, that is found in patients with diastolic dysfunction.

Detection of atrial systole : electrical systole of the atria begins with the onset of P wave on the electrocardiogram (ECG). The wave of bipolarization that stimulates both atria to contract at the same time is due to sinoatrial node which is located on the upper wall of right atrium.

VENTRICULAR SYSTOLE...^_^
Ventricular Systole is the contraction of the muscles (myocardia) of the left and right ventricle.

The graph of aortic pressure throughout the cardiac cycle displays a small dip which coindices with the aortic valve closure. The dip in the graph is immediately followed by a brief rise then gradual decline. The small rise in the graph is known as the "diacrotic notch" or "incisure" (take a look at the graph above), and represents a transient increase in aortic pressure. Just as the ventricles enter the diastole, the brief reversal of flow from the aorta back into the left ventricle causes the aortic valves to shut. This results in the slight increase in aortic pressure caused by the elastic recoil of the semilunar valves and aorta.
Detection of Ventricular Systole :
1.
Heart Sounds :-
The closing of the mitral and tricuspid valves (known together as the atrioventricular valves) at the
beginning of the ventricular systole cause the first part of the "lub-dub" sound made by the heart as it beats. Formally, it is known as First Heart Tone, or S1. This first heart tone is created by the closure of mitral and tricuspid valve and is actually a two compound sound, M1, T1.

The second part of the "lub-dub" (the Second Heart Tone, or S2) is caused by the closure of the aortic and pulmonary valves at the end of ventricular systole. As the left ventricle empties, its pressure falls below the pressure in aorta, and the aortic valve closes. Similarly, as the pressure in the right ventricle falls below the pressure in the pulmonary artery, the pulmonary valve closes. The second heart sound is also two components, A2, P2. The aortic valve closes earlier than the pulmonary valve and they are audibly separated from each other in the second heart sound. This "splitting" of S2 is only audible during inhalation.

2. Electrocardiogram :-
In a electrocardiogram, electrical systole of the ventricle begins at the beginning of the QRS complex.
COMPLETE CARDIAC DIASTOLE...^_^
Complete Diastole is the period of time when the heart relaxes after contraction in preparation for refilling with circulating blood. Ventricular diastole is when the ventricles are relaxing, while atrial diastole is when the atria are relaxing. Together they are known as complete cardiac diastole.
During ventricular diastole, the pressure in the (left and right) ventricles drops from the peak that it reaches in systole. When the pressure in the left ventricle drops to below the pressure in the left atrium, the mitral valve opens, and the left ventricle fills with blood that was accumulating in the left atrium. Likewise, when the pressure in the right ventricle drops below that in the right atrium, the tricuspid valve opens, and the right ventricle fills with blood that was accumulating in the right atrium.

REGULATION OF THE CARDIAC CYCLE...^_^
Cardiac muscle has
automaticity, which means that it is self-exciting. This is in contrast with skeletal muscle, which requires either conscious or reflex nervous stimuli for excitation. The heart's rhythmic contractions occur spontaneously, although the rate of contraction can be changed by nervous or hormonal influences, exercise and emotions. For example, the symphatetic nerves to heart accelerate heart rate and the vagus nerve decelerates heart rate.

The rhythmic sequence of contractions is coordinated by the
sinoatrial (SA) and atrioventricular (AV) nodes. The sinoatrial node, often known as the cardiac pacemaker, is located in the upper wall of the right atrium and is responsible for the wave of electrical stimulation that initiates atrial contraction by creating an action potential. Once the wave reaches the AV node, situated in the lower right atrium, it is delayed there before being conducted through the bundles of His and back up the Purkinje Fibers, leading to a contraction of the ventricles. The delay at the AV node allows enough time for all of the blood in the atria to fill their respective ventricles. In the event of severe pathology, the AV node can also act as a pacemaker ; this is usually not the case because their rate of spontaneous firing is considerably lower than that of the pacemaker cells in the SA node and hence is overridden.


The Diaphragm Shows The Complete Cardiac Cycle... Easier to Understand...

Hope this article those who wanna know and learn about heart, especially those who take medical as their major... CARDIAC CYCLE is the important topic in Human Physiology, so whether you like or not, you must understand and remember this topic... Aja-Aja Fighting!!! ^_^

Friday, September 5, 2008

Ramadhan Al-Mubarak...Hayati Keistimewaannya Yg Sebenar...^_^


Alhamdulillah...bersyukurlah kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t utk mengecap nikmat Ramadhan buat kesekian kalinya... Pejam celik, pejam celik, rupa2nya setahun dh berlalu...tup tup dh puasa balik dh... Rasa mcm br jer lepas bulan Ramadhan yang lalu... Bulan Ramadhan kali nih adalah kali kedua aku berpuasa di perantauan, jauh dr keluarga di Malaysia... Namun, yg penting kita harus merebut peluang utk meningkatkan amal ibadah kita di bulan Islam yang paling mulia ini... Bulan Ramadhan adalah bulan yang banyak keistimewaannya...^_^

Ramadhan atau dlm bahasa Arab ditulis رمضان adalah bulan yang ke-9 dan bulan yang paling suci dlm kalendar Islam. Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan utk berpuasa selama sebulan seperti yang termaktub dlm al-Quran yang bermaksud :

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..."

surah al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadhan merupakan masa utk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, memperbanyakkan solat, memperbanyakkan baca al-Quran, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga mahupun sahabat handai. Berpuasa dari fajar hingga senja mengajar umat Islam utk mendisiplinkan diri dan menjadi pemurah, di samping mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang hidup miskin...


Pelbagai peristiwa bermakna berlaku di bulan yang mulia ini. Antara yg paling besar ialah peristiwa Nuzul Quran (turunnya al-Quran). Para ulama' bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu Sunnah wal Jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada mlm Jumaat, 17 Ramadhan dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu buat kali pertamanya. Pada mlm itu surah al-'Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang berada di Gua Hira'. Selain drpd peristiwa Nuzul Quran, bulan Ramadhan jgak istimewa kerana ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar...subhanAllah... Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pd bulan Ramadhan. Kita boleh lihat hikmah Allah merahsiakan saat sebenar Lailatul Qadar adalah supaya hamba2Nya rajin beribadat di sepanjang malam...jika saat sebenar Lailatul Qadar diketahui, maka sudah pasti kebanyakan manusia hanya akan memperbanyakkan ibadat pd mlm itu sahaja sedangkan beribadat pd mlm2 lain jgak ada syafaatnya yg tersendiri... Selain itu, peristiwa pembukaan semula Kota Makkah juga berlaku dlm bulan Ramadhan iaitu pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah dan peristiwa Perang Badar juga berlaku dlm bulan Ramadhan iaitu pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah... Lihatlah betapa umat Islam mendapat keberkatan, pertolongan dan perlindungan daripada Allah s.w.t walaupun berperang semasa puasa, namun kemenangan tetap berpihak kepada umat Islam...subhanAllah...


Banyak amal ibadat yg boleh dilakukan di bulan Ramadhan selain daripada puasa... Antaranya ialah Solat Tarawikh... Kita boleh lihat fenomena di Malaysia sendiri, tiba je bulan puasa, br la penuh sedikit masjid dengan org2 utk bersolat tarawikh berjemaah... Banyak syafaat yg kita perolehi dr solat tarawikh...begitulah istimewanya bulan Ramadhan ini... Malah, doa di bulan Ramadhan sgt mustajab...Bukan itu sahaja, kita dihidangkan dengan rahmat dan maghfirah, airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawikh dan bantal tahajud di bulan Ramadhan... Pintu taubat terbuka luas utk kita... Bertaubatlah sebelum terlambat... Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha pengampun... Memperbanyakkan bacaan al-Quran di bulan Ramadhan jgak byk syafaatnya, apatah lagi jika berjaya khatam al-Quran di bulan puasa... Oleh itu, sama2 la kita semua berusaha utk meningkatkan amal ibadat kita dan semoga segala amalan kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t...insyaAllah...^_^

Ha....yg ini pom merupakan salah satu 'keistimewaan' bulan Ramadhan... Peniaga2 mahupun org2 biasa akan menggunakan peluang di bulan Ramadhan utk mencari rezeki yg lebih sedikit... Bazar Ramadhan tak sah kalau tak ada masa bulan Ramadhan... Menjelang waktu selepas asar, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yg menjual juadah berbuka puasa... Selain itu, kita blh lihat jgak para pedagang bermusim yg tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan... Ini memang bagus utk menjana ekonomi kawasan terbabit....

Namun...ada satu perkara yg selalu berlaku setiap kali bulan puasa...iaitu PEMBAZIRAN... Kadang2 belanja utk bulan puasa itu lebih banyak drpd belanja utk bulan2 lain...sepatutnya yg terjadi ialah kita blh 'save budget' semasa bulan puasa...ini tak...terbalik plak jadinya... Mana taknya, bila pergi bazar Ramadhan, beli itu, beli ini, beli mcm2 sampai tak habis makannya... last2,tong sampah jgak tempatnya... Tak ke membazir namanya itu... Dari fajar hingga senja berpuasa, tiba jer waktu berbuka, melantak sampai tak ingt dunia...masyaAllah... itu dh salah konsep dh...kita berpuasa utk merasai kesusahan org2 yg susah drpd kita, yg tak dapat makan, yg tak ada duit utk mencari sesuap nasi...kalau kita jd mcm nih, bleh ke kita memahami situasi mereka???...fikir2 sendiri la... Memang btul bulan Ramadhan setahun skali jer, tp berbelanja utk bulan puasa tuh biar la berpada-pada... Sesungguhnya, membazir itu amalan syaitan...

Akhirul kalam, ambillah sebanyak mungkin peluang utk memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan ini... Sesungguhnya kesempatan2 dan peluang2 sebegini tidak datang selalu... Rebutlah peluang di depan mata sebelum ia lari meninggalkan kita dan kita akan menyesal... Bak kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"... Bila dh tak ada, masa tuh nk menangis air mata darah sekalipun dh tak guna lagi... Dekatkan diri dengan Allah, nescaya Allah akan dekat dengan kita...^_^

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ketika akan tiba Ramadhan :
" Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa ".

( Hadis Riwayat Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi)