Friday, September 12, 2008

Prinsip Mengenal Diri...^_^

Assalamualaikum dan salam mujahadah buat pembaca2 blog sekalian... Kali ini saya nk membincangkan tentang prinsip mengenali diri yang akan merangkumi aspek penciptaan Adam, Hawa dan generasi Adam dan Hawa serta evolusi manusia menurut al-Quran dan juga Barat.

MENGENAL FIZIKAL (JASAD)...^_^

Ia akan menyentuh tentang teori kejadian manusia dengan mengaitkannya dengan teori evolusi untuk dibandingkan dengan keterangan wahyu. "Evolusi" merupakan satu proses yang dilalui oleh semua jenis benda hidup. Orang yang paling awal mengutarakan teori ini ialah Jean Baptiste Lamarck. Menurut Lamarck, perkembangan bentuk2 tertentu yang terdapat pada binatang kebanyakannya adalah hasil daripada apa yang terdapat pada kejadian-kejadian sebelumnya. Berasaskan teori ini, Lamarck mempercayai bahawa sesetengah organ yang terdapat pada binatang dan tidak digunakan akan hilang manakala organ-organ yang digunakan akan dikhususkan untuk sesuatu tugas tertentu sahaja.

Contoh yang diberikan oleh Lamarck ialah zirafah dahulunya mempunyai leher yang pendek dan memakan daun-daun yang berada di bawah, tetapi apabila semua daun yang berada di bawah telah habis, maka zirafah terpaksa memanjangkan lehernya supaya dapat meragut daun yang terletak lebih tinggi. Tabiat itu akhirnya mempengaruhi organ pada lehernya untuk menjadi lebih panjang. Apabila zirafah moden dilahirkan, maka ia mempunyai leher yang sangat panjang.


Selain Lamarck, seorang ahli biologi yang terkenal iaitu Darwin juga telah mengembangkan teori evolusi itu dengan lebih lanjut. Teori evolusi Darwin dikenali dengan maksud "pemilihan alam semulajadi". Darwin juga berpendapat, semua benda hidup adalah berasal dari jenis-jenis yang terdahulu daripadanya. Dalam erti kata lain, semua jenis binatang berasal daripada sejenis binatang yang mempunyai satu sel. Untuk hidup, semua binatang terpaksa menyesuaikan dirinya dengan alam sekelilingnya.


Bagaimana dengan manusia? Manurut Darwin, manusia juga berasal daripada binatang khususnya binatang yang berupa mawas-manusia. Berasakan teori alam semulajadi dan faktor keserupaan pada fosil yang ditemui, para saintis yang menganut teori evolusi telah menyatakan
"there is not the least doubt as to the fact of evolution" iaitu evolusi adalah satu fakta yang telah ternyata benar dan tidak boleh diragukan lagi.

Walaubagaimanapun, pendapat Darwin ini telah disangkal dengan sekeras-kerasnya dengan mengemukakan pelbagai hujah, antaranya :
1. Ia hanyalah satu andaian kerana teori ini tidak boleh dikaji dan dipastikan bila berlaku (di dalam buku The Origin of Species ditulis oleh Darwin).

2. Perubahan mikro yang berlaku adalah terlalu kecil dan amat terbatas, malah ia hanya berlaku dalam lingkungan sesuatu species (keluarga) sahaja.

3. Daya pergerakan dalam pergerakan evolusi ialah proses mutasi atau kacukan,iaitu sesuatu perubahan mendadak yang sesetengahnya boleh diwariskan kepada keturunannya selepas itu walaupun tiada penyesuaian diri dengan keadaan persekitaran.


4. Sesetengah fosil yang ditemui tidak menunjukkan perubahan daripada bentuk mudah kepada kompleks.



EVOLUSI MANUSIA MENURUT WAHYU...^_^

Firman Allah s.w.t dalam surah Yasin ayat: 82 yang bermaksud :

"(Cuba fikirkan ) adakah Tuhan yang mampu mencipta langit dan bumi itu tidak mampu menghidupkan mereka seperti rupanya yang mula? Sudah pasti. Kerana Dia adalah pencipta yang Maha Mengetahui).(KekuasaanNya adalah mutlak) sehingga kalau Dia hendak menciptakan sesuatu, jika Dia mengatakan "jadilah" nescaya benda itu terus terjadi"

Menurut wahyu insan ialah makhluk yang istimewa. Allah menciptanya dalam bentuk yang khusus melalui proses evolusinya sendiri mengikut Sunnatullah. Menurut wahyu asal kejadian manusia ialah tanah. Ini merujuk kepada kisah kejadian Adam a.s. yang dicipta oleh Allah sebagai manusia pertama di dunia.


PERINGKAT KEJADIAN ADAM a.s...^_^

Didalam al-Quran, terdapat 25 tempat yang menyatakan bahawa nabi Adam a.s. diciptakan daripada tanah. Antaranya dalam surah al-Baqarah, Ali Imram, al-Maidah, al-A'raf, al-Isra', al-Kahfi, Maryam,Toha dan Yasin.

Secara terpeincinya proses kejadian Adam a.s. dihuraikan seperti berikut :

1. Peringkat turab (tanah bumi) :

Ia bermula dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk turab iaitu tanah yang berdebu.

Allah menjelaskan proses ini dalam firmanNya yang bermaksud :

" Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allahadalah seperti penciptaan Adam.Allah menciptakan Adam daripada turab (tanah) kemudian berfirman kepadanya. Jadilah (seorang manusia) jadilah dia."

(Ali Imran : 59)

2. Peringkat tin (tanah liat) :

Pada peringkat ini Allah s.w.t menyaringkan debu tanah untuk mendapatkan saripatinya (sulalah min tin ) di mana Allah mengambil satu bahagian yang benar-benar suci dan bersih. Seterusnya pati itu dicampurkan dengan air membentuk tanah liat (tin) atau tanah yang melekat (tin lazib). Di peringkat ini Allah menciptakan Adam dalam bentuk manusia. Lembaga Adam a.s ini kekal selama 40 tahun.

3. Peringkat hama' masnun ( tanah yang berbau) :

Peringkat ini kekal selama 40 tahun.

4. Peringkat salsal (tanah yang keras) :

Peringkat seterusnya ialah pembentukan struktur tanah yang keras seumpama tembikar (salsal kalfakhar). Peringkat ini juga mengambil masa selama 40 tahun. Oleh itu genaplah proses kejadian Adam a.s selama 120 tahun sebelum peniupan roh oleh Allah s.w.t. Dengan ini peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam proses pembentukan fizikal Adam a.s.

Maksud firman Allah s.w.t :

" Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar ( salsal kalfakhar) "

(al-Rahman :14)

5. Peringkat nafkh al-ruh (peniupan roh ) :

Setelah proses di atas selesai, maka Allah s.w.t meniupkan roh ke dalam jasad Adam a.s. Dengan peniupan roh ini bererti sempurnalah pembentukan kejadian Adam a.s. samada secara fizikal mahupun spiritual. Dengan itu juga seluruh organ dan sistem tubuhnya berfungsi.

PERINGKAT KEJADIAN HAWA...^_^

Setelah Allah s.w.t menjadikan Adam a.s dalam kejadian yang sempurna, maka ditempatkannya di dalam syurga. Kemudian Allah menciptakan pula pasangan bagi Adam a.s. yang dinamakan Hawa. Kisah penceritaannya tidak banyak diceritakan oleh Allah s.w.t kecuali dalam beberapa tempat sahaja di dalam al-Qur'an. Antaranya dalam surah an-Nisa':(1), al-A'raf :( 189), al-Zumar (96).

Maksud firman Allah s.w.t :

" Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isterinya dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak".

(al-Nisa' : 1)

PERINGKAT KEJADIAN BANI ADAM...^_^

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an ternyata jelas bahawa asal kejadian manusia adalah daripada tanah. Menurut kajian sains, tubuh manusia mempunyai unsur-unsur yang sama dengan unsur-unsur di bumi, namun kadar penyusunan unsur-unsur tanah adalah berbeza. Ia berdasarkan kepada kadar fungsi unsur-unsur tersebut di dalam tubuh manusia :

UNSUR

KANDUNGAN / KADAR

oksigen

45 000 gm

hidrogen

8 000 gm

kalsium

1 000 gm

kabrit

175 gm

sodium

105 gm

magnesium

35 gm

kuperam

0.1 gm

karbon

12 000 gm

azote

2000 gm

fosforus

140 gm

klorin

105 gm

ferum

4 gm

iodin

0.03 gm

manggenese

0.02 gm


Catatan unsur-unsur tersebut hanyalah melibatkan unsur-unsur penting sahaja. Menurut Prof. Dr. Ali Mutawi, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar, semua unsur di dalam bumi mengandungi 92 unsur dan manusia dijadikan daripada semua unsur tersebut. Perpindahan unsur-unsur tersebut adalah melalui makanan sama ada dari jenis tumbuhan atau binatang sejak dari dalam kandungan sehinggalah manusia meninggal dunia...^_^

To be continue...^_^


No comments: