Friday, September 5, 2008

Ramadhan Al-Mubarak...Hayati Keistimewaannya Yg Sebenar...^_^


Alhamdulillah...bersyukurlah kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t utk mengecap nikmat Ramadhan buat kesekian kalinya... Pejam celik, pejam celik, rupa2nya setahun dh berlalu...tup tup dh puasa balik dh... Rasa mcm br jer lepas bulan Ramadhan yang lalu... Bulan Ramadhan kali nih adalah kali kedua aku berpuasa di perantauan, jauh dr keluarga di Malaysia... Namun, yg penting kita harus merebut peluang utk meningkatkan amal ibadah kita di bulan Islam yang paling mulia ini... Bulan Ramadhan adalah bulan yang banyak keistimewaannya...^_^

Ramadhan atau dlm bahasa Arab ditulis رمضان adalah bulan yang ke-9 dan bulan yang paling suci dlm kalendar Islam. Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan utk berpuasa selama sebulan seperti yang termaktub dlm al-Quran yang bermaksud :

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..."

surah al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadhan merupakan masa utk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, memperbanyakkan solat, memperbanyakkan baca al-Quran, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga mahupun sahabat handai. Berpuasa dari fajar hingga senja mengajar umat Islam utk mendisiplinkan diri dan menjadi pemurah, di samping mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang hidup miskin...


Pelbagai peristiwa bermakna berlaku di bulan yang mulia ini. Antara yg paling besar ialah peristiwa Nuzul Quran (turunnya al-Quran). Para ulama' bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu Sunnah wal Jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada mlm Jumaat, 17 Ramadhan dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu buat kali pertamanya. Pada mlm itu surah al-'Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang berada di Gua Hira'. Selain drpd peristiwa Nuzul Quran, bulan Ramadhan jgak istimewa kerana ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar...subhanAllah... Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pd bulan Ramadhan. Kita boleh lihat hikmah Allah merahsiakan saat sebenar Lailatul Qadar adalah supaya hamba2Nya rajin beribadat di sepanjang malam...jika saat sebenar Lailatul Qadar diketahui, maka sudah pasti kebanyakan manusia hanya akan memperbanyakkan ibadat pd mlm itu sahaja sedangkan beribadat pd mlm2 lain jgak ada syafaatnya yg tersendiri... Selain itu, peristiwa pembukaan semula Kota Makkah juga berlaku dlm bulan Ramadhan iaitu pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah dan peristiwa Perang Badar juga berlaku dlm bulan Ramadhan iaitu pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah... Lihatlah betapa umat Islam mendapat keberkatan, pertolongan dan perlindungan daripada Allah s.w.t walaupun berperang semasa puasa, namun kemenangan tetap berpihak kepada umat Islam...subhanAllah...


Banyak amal ibadat yg boleh dilakukan di bulan Ramadhan selain daripada puasa... Antaranya ialah Solat Tarawikh... Kita boleh lihat fenomena di Malaysia sendiri, tiba je bulan puasa, br la penuh sedikit masjid dengan org2 utk bersolat tarawikh berjemaah... Banyak syafaat yg kita perolehi dr solat tarawikh...begitulah istimewanya bulan Ramadhan ini... Malah, doa di bulan Ramadhan sgt mustajab...Bukan itu sahaja, kita dihidangkan dengan rahmat dan maghfirah, airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawikh dan bantal tahajud di bulan Ramadhan... Pintu taubat terbuka luas utk kita... Bertaubatlah sebelum terlambat... Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha pengampun... Memperbanyakkan bacaan al-Quran di bulan Ramadhan jgak byk syafaatnya, apatah lagi jika berjaya khatam al-Quran di bulan puasa... Oleh itu, sama2 la kita semua berusaha utk meningkatkan amal ibadat kita dan semoga segala amalan kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t...insyaAllah...^_^

Ha....yg ini pom merupakan salah satu 'keistimewaan' bulan Ramadhan... Peniaga2 mahupun org2 biasa akan menggunakan peluang di bulan Ramadhan utk mencari rezeki yg lebih sedikit... Bazar Ramadhan tak sah kalau tak ada masa bulan Ramadhan... Menjelang waktu selepas asar, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yg menjual juadah berbuka puasa... Selain itu, kita blh lihat jgak para pedagang bermusim yg tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan... Ini memang bagus utk menjana ekonomi kawasan terbabit....

Namun...ada satu perkara yg selalu berlaku setiap kali bulan puasa...iaitu PEMBAZIRAN... Kadang2 belanja utk bulan puasa itu lebih banyak drpd belanja utk bulan2 lain...sepatutnya yg terjadi ialah kita blh 'save budget' semasa bulan puasa...ini tak...terbalik plak jadinya... Mana taknya, bila pergi bazar Ramadhan, beli itu, beli ini, beli mcm2 sampai tak habis makannya... last2,tong sampah jgak tempatnya... Tak ke membazir namanya itu... Dari fajar hingga senja berpuasa, tiba jer waktu berbuka, melantak sampai tak ingt dunia...masyaAllah... itu dh salah konsep dh...kita berpuasa utk merasai kesusahan org2 yg susah drpd kita, yg tak dapat makan, yg tak ada duit utk mencari sesuap nasi...kalau kita jd mcm nih, bleh ke kita memahami situasi mereka???...fikir2 sendiri la... Memang btul bulan Ramadhan setahun skali jer, tp berbelanja utk bulan puasa tuh biar la berpada-pada... Sesungguhnya, membazir itu amalan syaitan...

Akhirul kalam, ambillah sebanyak mungkin peluang utk memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan ini... Sesungguhnya kesempatan2 dan peluang2 sebegini tidak datang selalu... Rebutlah peluang di depan mata sebelum ia lari meninggalkan kita dan kita akan menyesal... Bak kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"... Bila dh tak ada, masa tuh nk menangis air mata darah sekalipun dh tak guna lagi... Dekatkan diri dengan Allah, nescaya Allah akan dekat dengan kita...^_^

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ketika akan tiba Ramadhan :
" Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa ".

( Hadis Riwayat Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi)

No comments: