Saturday, September 13, 2008

Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran...^_^

Assalamualaikum pembaca2 blog sekalian…^_^

Kali ini saya nak membicarakan tentang suatu perkara yang seharusnya kita sebagai seorang manusia mengetahuinya…iaitu tentang proses kejadian manusia yang diceritakan di dalam al-Quran. Malah, para saintis juga mengakui bahawasanya proses kejadian manusia yang termaktub dalam al-Quran adalah tepat dan benar sama sekali. Perbincangan ini juga merupakan kesinambungan daripada posting saya yang lepas iaitu "Prinsip Mengenali Diri"...^_^

Secara asasnya, proses kejadian manusia di dalam rahim seorang ibu mempunyai 6 peringkat :


PERINGKAT PERTAMA :- NUTFAH …^_^
Iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula selepas berlakunya percampuran air mani [proses persenyawaan sperma dan ovum].

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Insan ayat 2 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.”

Menurut Ibnu Jurair al-Tabari, asal perkataan “nutfah” ialah “nutf” yang bererti air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas sama ada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan “amsyaj” berasal daripada perkataan “masyj” yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut, maksud ayat di atas ialah : sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan perempuan.


Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan manusia itu lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya saraf, tulang dan fakulti, manakala daripada nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.


PERINGKAT KEDUA :- ALAQAH …^_^
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh. Pada hari ke-7, ovum yang telah disenyawakan oleh sperma akan menempel di dinding rahim (qarar makin). Setelah proses penempelan berlaku, maka ovum tersebut akan membentuk alaqah.

Firman Allah Taala dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud :

“ Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berdasarkan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya sesuatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah (in english, it will be called blastocyst).Selain itu, alaqah mempunyai beberapa maksud :

  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.


PERINGKAT KETIGA :- MUDGHAH ...^_^

Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan "mudghah" disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14.

Firman Allah Taala dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud :

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

Di peringkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.



PERINGKAT KEEMPAT :- IZAM dan LAHM ...^_^
Pada peringkat ini iaitu pada minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang-belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini, perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu juga, sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula terbentuk. Begitu juga mata, telinga dan mulut juga semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

Embryo pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA :- NASY'AH KHALQAN AKHAR ...^_^
Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embryo tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kuku-kukunya pun mula tumbuh.


Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pra-natal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.



PERINGKAT KEENAM / AKHIR :- NAFKHUR-RUH ...^_^
Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.

Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf ayat 172.


Selepas itu, maka akan lahirlah seorang manusia yang akan meneruskan kesinambungan Rasulullah s.a.w utk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini...

Pernahkah kita terfikir akan uniknya penciptaan kita sebagai manusia yang bertanggungjawab utk meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah s.w.t...???
Pernahkah kita terfikir bagaimana kejadian seseorang manusia itu boleh terjadi daripada setitik air mani sahaja...???
Sesungguhnya itulah bukti bahawasanya Allah itu maha agung...
Jadi, menjadi satu kewajipan ke atas kita utk menjadi hamba yang sentiasa mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya...
Sama2 lah kita renungkannya...^_^


Kata-kata As-Syahid Imam Hassan Albana :
"Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahulu darimu, melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah, dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini, serta melebihkan ke arah tempat tinggal yang kekal abadi, mereka mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta benda mereka di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan pertunjuk Al-Quran"….

No comments: