Friday, September 5, 2008

Bermula Semula Era Penulisanku...^_^

Alhamdulillah...tanggal 5 September 2008, bersamaan 5 Ramadhan 1429H, pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari, slesai jer solat subuh, aku telah diberikan ilham dan petunjuk oleh Allah s.w.t utk membina blog ini. Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki ke dunia penulisan... Aku dh aktif menulis sejak dr sekolah rendah lagi... Perangai aku yang suka menulis nih terbawa-bawa sampai ke sekolah menengah... Kat sekolah, aku sangat suka mengarang esei tak kira la pasal apa2 pun.... Jadi, asal jer ada pertandingan esei, aku mesti join punya...hahaha... Tapi melalui pertandingan2 yang aku sertai, dr situ la aku mendapat peluang utk menambahkan duit poket aku...hehe... Aku bukannya masuk bertanding utk menang hadiah, tp aku bertanding utk cari pengalaman dan utk memantapkan lagi penulisan aku... Dapat hadiah tuh kira bonus la...haha... ^_^

Dulu, aku menulis hanya sekadar menulis... Semasa di sekolah, aku pernah terfikir bahawa penulisan boleh menjadi satu wacana dakwah utk masyarakat... Namun yg menjadi masalah, aku tidak tahu ke mana harus aku 'salur'kan hasil penulisanku... Dan aku sememangnya menanam cita-cita dari kecil lg utk menjadi seorang profesional, tp pada masa yg sama juga menjadi seorang pendakwah... Ini semua hasil pengaruh daripada baba (ayah) ku sendiri... Aku sering memerhatikan bagaimana ayahku mengaplikasikan method dakwah dlm profesionalisme... Aku sgt mengagumi baba ku dan aku menyimpan harapan utk menjadi sepertinya... Aku pasti baba ku tidak menyedari bahawa anaknya ini rupa2nya sgt terpengaruh dengannya... Dan minat aku dlm dunia penulisan juga hasil drpd pengaruh baba ku... Ramai org cakap yg muka aku nih tak sama dengan baba ku, tp sama dengan mama ku... Mungkin muka kami tak sama, tapi perangai...hahaha...sebijik... Bak kata pepatah, 'Bapa borek, anak rintik'...hehe...


Sehinggalah aku mengenali dunia 'BLOG' ini... Baru aku tau bahawa blog merupakan satu medan yang disediakan istimewa kpd org2 yang suka menulis dan juga menjadi satu medan utk menyebarkan dan meluaskan dakwah Islamiah... Dulu aku hanya dgr je org menyebut, bercakap, berbincang psl blog...blog...blog...bla...bla...bla... Aku just dgr je, tak tau blog tuh apa masa tuh... Aku menjejaki dunia 'BLOG' ini apabila aku datang ke mesir... Aku lihat ramai pelajar-pelajar di Mesir sama ada azhar mahupun perubatan, mempunyai blog sendiri dan di situ la mereka melempiaskan segala idea2 atau method2 dakwah mereka... Mungkin itu salah satu hikmah Allah menghantar aku ke bumi Anbia' ini... InsyaAllah, mungkin aku telah ditakdirkan utk mengembangkan bakat penulisan aku yang sedikit ini di bumi Mesir ini... Ada 'seseorang' tuh kata kat aku, yg bakat aku nih tak boleh di sia-siakan, perlu diperkembangkan...hermmm... Kalu pikir-pikir, sebenarnya kita kena hargai dan bersyukur dengan nikmat Allah berikan kepada kita... Jadi, aku decide utk memulakan semula era penulisan aku yg dh hampir setahun aku tinggalkan... InsyaAllah, blog aku ni tidak akan hanya ada posting-posting berunsur dakwah sahaja, malah aku akan post jgak artikel2 medical (bersesuaian la dengan major aku,medical)... Aku mungkin akan byk post artikel2 medical berkenaan jantung dan masalah wanita sebab insyaAllah pengkhususan aku adalah CARDIOLOGY or GYNECOLOGY...


Ha... Mcm tu la lebih kurang rupa aku semasa menulis...hehe... Saja je... Rasa mcm kosong plak posting nih kalu tak taruk gambar... Apa2pun, mungkin komitmen aku sebagai seorang pelajar perubatan akan sedikit-sebanyak men'difficult'kan aku utk memberi lebih tumpuan kpd penulisan aku di blog ini... Namun, aku akan berusaha dan cuba sedaya upaya utk membuat yang terbaik dan menulis posting-posting yang menarik utk blog ini... Semoga sumbanganku yang sedikit ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t... Buat keluarga dan rakan2ku mahupun pengunjung blog ini, teruskanlah membantu aku utk memantapkan lg bidang penulisanku dan ideologi-ideologi dakwah Islamiah... InsyaAllah, aku sedia menerima apa2 komen atau kritikan, dan akan kujadikan segala komen dan kritikan tersebut sebagai satu wadah utk aku terus bersemangat dalam memperjuangkan cita-cita aku, dan yang paling penting adalah utk terus menegakkan syiar ISLAM...^_^

Akhir kalam...ku akhiri posting ku yang pertama ini dengan satu madah... :

"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa,
Segagah mana pun diri bukanlah pahlawan namanya jika nafsu tidak dapat dilawan,
Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah ratu namanya jika buruk tingkah lakunya,
Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia namanya jika tiada iman di dada,
Melangit mana pun ilmu bukanlah bijaksana namanya jika tidak diamal dan digunakan,
Sealim mana pun warak bukanlah ulama' namanya jika takbur dan riak,
Sebesar mana pun ujian bukanlah beban namanya jika hati sentiasa pada yang maha Esa..."


No comments: